Sujie

Wednesday, June 7, 2017

Hello Ijazah Sarjana Muda (2017)

  Punya lama saya bercuti dari blogging. Disebabkan banyak chat saya di Wechat, Whatsapp and Instagram, I would like to talk about the things la. Well, spesifiknya this talk untuk budak-budak yang baru habis asasi (apa-apa jenis asasi), matrikulasi, graduated Form 6 and budak-budak yang sudah habis diploma (budak-budak ka? xD maka tua lagi pama budak dip dari saya) Orite nopo, 1st of all, saya mau kasih ucap juga la, sama budak-budak yang dapat form 6, diploma, matriks dan asasi bagi budak-budak yang baru habis SPM kan. Bagus-bagus kaye kamu belajar. Ada gambar-gambar di siring (tepi) tu sebagai hiasan dan mengimbau kenangan. HAHAHA. Lindu bah.
Last semester at Kolej Matrikulasi Labuan
Photoshoot session

  Bah, mula sudah ya saya mau cakap. Begini. Masa saya sibuk-sibuk prepare final exam haritu (mau juga konon kasih tau xD) ada la some of my junior ni chat, "Kak, macam mana bah mau p interview tu, kena buat resume ka?" "Sis, bila ah dapat result lepas interview?" "Jie, selalunya pilihan course pilihan ke berapa tu yang kita kena bagi tu?" and ada lagi soalan pelik-pelik saya dapat. Bagi those yang ask me about matrikulasi and mau bawa berapa helai baju tu, thank you menanya. Terhibur juga hati jomblo saya ini. 

  Pertama-tama, saya bukan orang yang atur system kemasukan UPU kamurang. Jadi, saya jawab dengan jujur yang saya tidak tau pun tawaran pilihan ke berapa kamu dapat nanti. Kalau saya dulu, pilihan number 4. Penutup blog nanti ada saya mau cerita pasal ni benda. Jadi sabar dulu. 

  Kalau result lepas interview tu, memang tidak akan dapat la. Sebab untuk kau mau tau kau dapat atau tidak course tu, kau kena tunggu juga result official UPU keluar. Kalau kau lulus interview, kau dapat la tu course. Kalau kau tidak lulus, kau dapat course lain. Jangan kecewa. Itu bukan mengakhiran hidup pun. Kalau kau dapat course yang jauh dari apa yang kau ambil sebelum ini, jangan risau. Bukan kau seorang ja yang begitu, there are plenty of them yang macam tu, including me. HAHAHAHAHA. Okey, proceed.

With le roomates (KML) pergi makan lepas larian 1Malaysia
tidak silap. HAHAHA.
  Pasal interview mau bawa resume ka nda, kau mesti baca betul-betul tu surat tawaran kau. Ada kena mention tu apa benda kamu kena bawa. Jangan sembarangan ja. Jangan ikut kawan. Kau mesti ada pendirian sendiri. Dan jangan suka buat benda yang kamu tidak patut. I mean, bila disuruh bawa surat beranak original, bawa la surat beranak original. Jangan pula tetiba pergi fotostat slip gaji ibu bapa, lesen memandu semua tu. Kau pikir mau beli kereta ka mau bawa-bawa benda begitu? Bukan apa la, saja mau kasih ingat sebab masa saya dulu pun ada juga orang kena halau sebab tidak bawa apa yang kena suruh. 

  Okey, sebelum saya menutup perkongsian harini. Saya mau kasih selit la cerita saya kan. Okey begini. Masa lepas graduate dari matrikulasi last year (2016), saya dapat interview ni (biar la rahsia) tapi saya yakin dan pasti saya bukan ditakdirkan untuk tu, Masa tu pun saya belum pikir apa saya mau jadi in the future. Jadi disingkatkan cerita, Saya tengok balik pilihan UPU saya tu. Well, semua UPU tu saya isi dengan "science course" sebab saya study dalam course tu kan dulu. DULU. Hahahaha. Tapi actually, saya mau pergi UUM sebenarnya, kenapa UUM? You shouldnt know the reason. Hahaha. Biarlah rahsia. Then saya ubah pilihan number 4 saya, which is "Pakar Bedah" to "Pengurusan Hospitaliti" even I have no idea what is hospitality punya occupation. I did not tell my mom about that. Mama saya jenis yang "I will get for what I want"punya orang. Jadi dia akan pastikan saya ikut apa dia mau. Haha. Dicepatkan masa, time yang keluar UPU tu, tadaaaaaaa, guess what, I got the Hospitality Management Course. HAHAHAHAHA. Gembira hebs masa dapat tau dapat UUM but when my mom knew it JENG JENG JENG. Sebulan kite menangis ye sebab kena marah and etc. Banyak la benda jadi masa tu. Memang ouch la sikit masa mom tidak bagi pergi kan sampai-sampai dia cari alternative lain untuk saya get into science back. Bukan apa la. mama saya Pharmacist, jadi, paham-paham la kan. Hahaha. Sebulan berlalu begitu pantas, akhirnya saya sampai UUM. Even sakit juga study benda yang kau tidak pernah tahu, tapi worth sebab kau dapat expand knowledge kau ke dunia yang berbeza. Kalau kamu cakap science subject is hard, saya cakap semua subject ni susah, Dari kita seja mau rajin atau tidak untuk study benda tu. Memang masa saya tengah study pun, my mom still ask me to quit the course and go to private university to engage with science back but biar la bah kan. Kita tidak tau apa kita akan jadi di masa akan datang. Just go with the flow orang bilang. Even course kau orang nampak "leceh"(sebab dorang tidak tau macam mana kita study), jangan pernah dengar tu cacian. I have went through the situation. Mental kena kuat. Bila kau tersangat menyerlah dalam course kau then people say "dia dari matriks bah. apa mau hairan, memang senang dia mau score." "Dia tu budak diploma, memang kacang dia buat assignment." "Dia ni budak form 6, kau tunggu ja nanti dia jatuh la tu.", biarkan ja la dorang bercakap begitu. dia tidak tau apa jadi disebalik kegemilangan tu. Jadikan itu sebagai pendorong kamu untuk terus maju. Kita masing-masing tau limit kita. Kadang-kadang kita kena langkau limit kita sebab tiada orang boleh buat benda tu untuk kau melainkan diri kau sendiri.
Masa on the way Sandakan untuk urus document
masuk universiti (PS: budak sebelah now at Unimas)
  Panjang sungguh leteran saya ya. Hahahaha. Maaf deh. Jadi, kesimpulannya, kamu bersyukur la apa yang kamu dapat sebab bukan semua orang dapat kesempatan yang sama macam kau tapi kalau kau rasa itu bukan apa yang kau mau, Pray to God. Kadang-kadang in life, kita tidak tau apa yang suda kena plan untuk kita. Kalau kamu tidak minat course tu, cuba untuk minat. Secara personalnya, 1st semester masuk class, benci betul saya sama benda-benda yang melibatkan management ni, lebih-lebih lagi kalau pasal organization semua, tapi saya cuba sedaya upaya tebas mentality begitu sebelum terus berakar lebih kuat dalam kotak pikiran saya, Syukur kepada Tuhan, i can go through juga semester satu dengan baik. Jadi, bagi kamurang yang tidak dapat apa yang kamu idamkan, jangan la susah hati. Kita tau, ada sesuatu yang manis disebalik kulit durian yang tajam, begitu juga kehidupan, ada sesuatu yang besar akan jadi dalam hidup kau disebalik kekecewaan menempuh perjalanan yang perih. Okey. Itu seja dari saya. Salam damai, God bless, Ada apa-apa boleh cari saya. Thank you membaca. :*


Wechat : shujieee
Instagram : sujieizus

  

Sunday, January 1, 2017

Buku Sejarah Sabah?


Selamat tahun baru 2017! Hoho, sudah lama saya tidak update blog. Bukan sebab saya malas bah tapi sebab enda da masa kalau time study :P Mau kena guna untuk buat assignment ja kan ni laptop. Okey, cukup la sampai sana tu cerita. Sekarang kita beralih dengan perkongsian yang saya mau sampaikan harini. Buku sejarah Sabah  atau lebih senang kena cakap buku sejarah borneo. Kenapa saya terpikir mau cerita pasal ni? Well, teruskan la membaca sampai habis :P

  Sebenarnya, masa saya di Semenanjung (study), ada satu orang senior ni. Dia duduk sebelah saya. Dia tanya-tanya la siapa nama, semester berapa semua tu. Mungkin dia hairan kali loghat saya sampai dia tanya, "Adik ni orang Sabah ke Sarawak?" Saya jawab la orang Sabah dan sana la titik permulaan satu conversation yang buat saya terpikir kenapa tiada buku untuk sejarah Sabah (spesificly). Begini convo kami.

Senior : Adik, nak tanya. Adik tau tak sejarah pasal Sabah sebelum kedudukan SBUB?
Sujie : Tidak berapa oh, bang. Saya tau yang pasal penentangan seja la macam si Mat Salleh tu. 
Senior : Sabah ada tak sejarah tersendiri?
Sujie : Ada juga tu tapi tidak kena ajar di sekolah. Setakat pengetahuan am seja tapi itu pun tidak tau betul atau tidak.
Senior : Eh, kenapa tak diajar? Setahu abang, Sabah kalau bahagian politik kuat. Adik tahu tak pasal 20 perkara ?
Sujie : Tau. Abang tau ka pasal batu sumpah peringatan mengikut perlembagaan di keningau?
Senior : Tak pernah tahu pula ada batu sumpah. Dalam buku sejarah takda publish pun pasal benda tu.
Sujie : Sejarah pasal Sabah Sarawak pun kena muat dalam satu bab seja kan. Macam mana juga mau cerita pasal 20 perkara . (ketawa kecil) abang tau ka pasal double 6? 
Senior : Double 6? Tak pula. Apa benda tu?
Sujie : Double 6 tu helikopter yang terbabas yang bawa orang-orang penting Sabah. Semua meninggal yang naik tu helikopter. Dorang dari Labuan baru habis perbincangan pasal minyak tapi masa tu Tun Fuad tidak setuju pasal perbincangan tu. Nanti abang google la. Baca sendiri. 
Senior : Tahun berapa tu jadi? Tak paham la pasal double 6 ni.
Sujie : (google pasal double 6) tahun 1979. Ni pasal double 6.
Senior : Wow, tak pernah tahu pun.
Sujie : (senyum ja)
Senior : Macam mana ye status negara sabah jadi negeri?
Sujie : Ah? (blank seketika) Tidak tau pula oh abang. 
Senior : Abang ada buat kajian pasal tu semester lepas tapi last minit abang tukar topic sebab takda buku pasal benda tu. 
Sujie : Abang sebenarnya ambil course apa? 
Senior : Law. 
Sujie : (patutla) ohhhh. okey :)

Dari convo tadi, mungkin ada banyak benda juga yang baru kamu tau kan. Mungkin masa kamu membaca pun, kamu cakap aik, saya tidak pernah tau pun pasal ni. Sebenarnya sejarah-sejarah begini ni perlu diselidik dan dibukukan supaya orang tempatan Sabah boleh tahu macam mana sejarah Sabah. Mesti kamu pernah tanya kan ibu bapa uncle aunty kmu, macam mana satu kampung tu dapat nama. Kalau diceritakan secara turun temurun cerita pasal nama kampung tu, memang senang mau dikasi cerita. Kalau tidak-tidak pernah dicerita pasal benda tu, nda la dikasitau pasal tu cerita.

  Sejarahwan kita yang dari Sabah pun kiranya banyak juga kan. Saya cuma sarankan kalau kita ada buku Sejarah untuk Sabah sendiri. Kalau buku bahasa kadazan dusun ada untuk memartabatkan bahasa ibunda yang kian ditelan zaman, apakata buat satu buku khas untuk budak zaman sekarang tahu macam mana sejarah Sabah ni. Saya pun sebenarnya tidak banyak tahu pasal Sabah, setakat SBUB semua tu, saya tau la sebab diajar dalam kelas, Tapi sebelum kedatangan British semua tu, mana kita tahu kan. Saya rasa, banyak sejarah tidak diketahui orang tempatan yang berlaku di tanah air kita sendiri.  Orang seberang pun bila bertanyakan soalan-soalan macam senior tu tanya saya, mungkin banyak yang cakap nda tau.


  Itu seja la perkongsian saya harini. Bukan apakan, saya cuma mau kongsikam apa yang bersarang di fikiran saya. Dan saya juga mau tau, apa kata kamu pasal benda ni. Thankyou membaca. Harap kamu dapat bagi pandangan kamu dalam ruang di ruang komen blog atau facebook. Salam kasih. God bless you :)


20 Perkara : Baca
Double 6 : Baca

Wednesday, August 3, 2016

Suluh Kecil : Tingkatan 6 vs Matrikulasi


Banyak orang comment pasal tu Tingkatan 6 vs Matrikulasi tu hari. Sa sebenarnya tertanya2 bah. Ada ka sa kasi beza2 tu hari. Bila sa baca balik, smua sa rasa okey ja. Teda pun ayat2 sa yg mengasi kecil2 budak form 6 mahupun lepasan form 6. Sampai ada yg mengeluarkan penyataan2 yg tiada2 sa taip tu hari. Kalau kamu yg baca ni blog and nda tau apa benda yg saya cakap ni, kamu patut klik ini. (Klik ni)

Okey, dengan kecuriousan sa, sa pun suruh la beberapa orang guru, kawan2 matriks, kawan2 lepasan form 6 and beberapa kawan yg sa pick randomly baca entry sa. What for? Sa mau tau apa kelemahan entry sa tu hari. Well, I prefer dengar cacian maki dari pujian mengunung. Sebab dari sana sa dapat belajar untuk memperbaiki suatu perkara ba. Daripada hasil kritikan dorang, saya dapat tau apa yg perlu diperjelaskan di sini. Tapi sa sangat puas hati sama comment2 dorang. Want to know? Kau boleh baca di bawah.

First, dorang cakap perkataan vs atau verses di sini memberi maksud lain bagi beberapa pihak. Jadi dorang mohon pencerahan. Verses here bukan bermaksud mana lebih baik. Semua tau kan, dalam satu pertandingan mesti ada yg kalah dan ada yg menang tapi dalam situasi T6 vs matriks d sini bukan mau membandingkan which is better tapi mau kasitau ada persamaan di sana. Ada keserian. Dalam pertandingan bukan selalunya ada yg menang dan ada yg kalah, ada masa juga pertandingan itu seri. Seri means teda yg menang, teda yg kalah. Ada paham?

Second, dorang cakap, bukan semua orang tau mengaplikasikan perumpamaan dalam situasi sebenar. well well well, ini sa betul2 lupa mau kasi explain. Ada orang salah paham tentang perumpamaan sa psal lumba lari tu hari sa cakap. Para pengkritik yg sa pilih tu pun sa ada suruh explain apa yg dorang paham dari perumpamaan yg dorang baca. And most of them, MOST of them bagi explanation yg betul2 jauh dari apa yg sa mau sampaikan.

Bah. Begini ba maksud dia. 1500m and 1000 meter represent semester yg form 6 dan matriks ambil. Form 6 menjalani tiga sem manakala matriks menjalani dua sem (mostly la. kalau budak matriks yg empat sem lain lagi but still situasi kami sama). Then, kamu kena kasi sedia kasut here means kamu kena bagitau apa buku yg perlu kamu beli. Kamu smua ada buku yg kena recommand. Ya, sa paham, ada juga yg kena buat research sendiri tapi ya, some of your subject ada kena bagi nota2 smua. Kami ni ada lecture notes ja. Itu pun bagus kalau lecturer bagi lecture notes, kami ada yg pinjam2 kawan lagi utk p fotostat, Ada lecturer yg suruh kami menyalin, bukan masuk otak smua benda yg kami salin masa lecture. Yang dapat d salin pun bukan 100% buat kami paham, dan dorang suruh kami salin untuk avoid kami dari tertidur masa dia explain.

Apa pula maksud penyokong dalam dewan dan d luar dewan? Ini sa sentuh sikit pasal keadaan sekeliling yg kita tempuhi. Penyokong d dalam dewan means ibu bapa, adik beradik d rumah, junior and senior d sekolah dapat bagi sokongan bagi kamu bila kamu down and rasa putus asa dalam pelajaran. Penyokong di luar dewan dan cuma boleh menyokong dari luar means keluarga dan kawan2 cuma boleh bagi sokongan dan dorongan melalui smartphones, dalam dewan cuma disediakan tempat untuk pesaing means ... kamu tau juga ba kan. Budak matriks kena tinggal sebilik dan sekolej dengan pelajar lain. Itu laitu. Kami semua sama umur. Ada juga yg setahun tua la. Itu senior2 Dua Tahun aka 4 Sems yg study d matriks. Ada masa kami minta juga sokongan dari dorang tapi most of the time kami kena pujuk dan memotivasi diri kami untuk study d sana.

Yahh, tutor!! Tutor d sini bermaksud, cikgu @ lecture Okey. Maksud kamu kena bagi tutor khas d sini ialah kamu kena bagi satu cikgu untuk mengajar kamu. Dari mengajar kamu smpai la bagi kamu homework. Kamu suda kena kasi tetap satu cikgu untuk guide kamu sepanjang kamu punya study. Kami kena bagi beratus2 tutor tinggal kami yg kena pilih bermaksud banyak lecturers yg mengajar satu subject spesific. Kami ada dua atau tiga lecturers yg mengajar kami dalam satu subject. Lain mengajar, lain membagi kerja tutorial/ kerja sekolah, lain lagi yg ajar eksperimen. Kalau kami tda paham dalam satu subject tu, kami boleh pergi Menara Pentadbiran aka Bilik Guru untuk minta ajar dari lecturer yg kami suka tapi... Ada tapinya, mesti mau terima hakikat. Lain lecturer, lain cara ajar dan lain explaination. Kadang2 sampai crushed dari apa yg kau belajar d dewan kuliah. Saya nda menafikan juga satu lecturer mengajar dalam satu class ( for the form 6) memang akan terhad pengetahuan pelajar. kenapa? sebab satu mulut seja yg mengexplain. tiada pertukaran pendapat dan penambahan pengetahuan tapi harus bersyukur juga sebab the only one lecturer yg ajar kamu tu tau kelemahan kamu d mana dan dia akan usahakan untuk menolong kamu untuk cover kelemahan tu.

Ada pro dan contra juga kan.

Okey. Itu dua seja yg sa kena comment. I donno la kalau ada yg lain. Kalau ada, just tegur. Im okey. Saya terima pendapat dan ulasan orang. Kalau kamu rasa sa masi memperkecilkan kamu, well, you should read agian dari mula sampai habis explaination sa. Klik ja tuu. (Ja tuu)

Most of my relative lepasan STPM dan masi menuntut Form 6. Mama sa lepasan form 6, Uncle2 and Aunty2 sa kebanyakan lepasan form 6, Cousin2 sa lepasan form 6, kawan2 sa lepasan form 6, and now, my adik sendiri sedang menuntut ilmu d tingkatan 6. Sa nda pernah mempersendakan dorang. Apa yg sa cuba sampaikan dalam blog sa tu hari ialah kita jangan la rasa apa yg kita study tu susah. Macam tu lagu 7 years cakap "I only see my goals. I dont believe in failure cause I know the smallest voices, they can make it major" dalam melayu " Saya hanya nampak matlamat saya, saya nda percaya dengan kegagalan sebab saya tau suara2 kecil boleh menjadi besar". Saya bukan mau kasi down kamu tapi sa mau kamu tau yg kita ni sama. Matriks ka Form 6 ka smua platfom untuk masuk University. Dua2 saluran untuk menimba pengetahuan. Teda beza. Teda taraf dunia teda taraf angkasa smua tu. 

Saya memang lack of pengetahuan pasal benda2 ni smua tapi sa cuma mau cakap, Kalau kau percaya diri kau yg kau boleh buat yg terbaik dalam exam, kau sememangnya boleh. Selagi kau masi bernafas, selagi itu kau masi ada harapan. Believe in yourself. Bah, itu seja la explaination for this time. Salam kasih, God bless.


Instagram : sujieizus

Wechat : shujieee

Thursday, July 28, 2016

Fakta Tentang Matrikulasi Yang Tidak Diketahui Ramai

 Well. Disebabkan penekanan saya tentang matriks tu hari menjadi bahan bualan ramai dan banyak juga yang kasi share2 dengan caption yg memberi penekanan tentang kehidupan sebenar matriks. Saya mau bagi sedikit penyuluhan la pasal tu. Oh ya, siapa yg belum terbaca tu boleh click tu na.

okey, sebelum saya teruskn kepada isi-isi utama saya di sini. Saya mau cakap la. Saya ni bukan orang semenanjung tapi Sabah. Saya 19 umur dan bukan 30++. :) yang saya kasi krik2 (seen/bluetick). Dan saya bukan pakar sangat pasal matriks ni tapi dari pengalaman saya sebagai budak PST (Program Satu Tahun) di Kolej Matrikulasi Labuan, saya kongsikan la pengalaman itu di sini. 

Okey, lets go to the main pointssss.

1. Dalam satu sem kami hanya ada lima bulan. It depends la sama program yg kamu dapat di sana matriks. (1tahun @ 2tahun). Jadi bayangkan macam mana kami study. Tapi smua sama sa rasa. Tp lagi hectic life budak2 asasi la.

2. Kami tiada majlis graduasi lepas habis matriks. Yang kami ada cuma bawa bagasi keluar matriks dengan hati yang gembira sebab suda habis program.

3. Kalau pointer 3.00 ke bawah. mau masuk university sangat susah (lebih2 lagi course yg kau mau ambil). Ni penerangan lecturer sa masa di matriks dulu. 

4. Kalau pointer keseluruhan kami nda limpas ( melepasi) pointer yg melayakkan kami masuk univeristy, kami kena ulang program. Mula balik dengan sem 1 ikut batch matriks yg seterusnya. *im serious*

5. Kami teda sijil matriks macam stpm. (tapi bermula dari batch 16/17, kementerian pelajaran suda bagi keistimewaan bagi durang dengan memberi sijil matriks lepas graduate. means tht matriks n stpm suda setaraf. *hutung laaaa*)

6. Bagi budak2 PST, PDT (Program Dua Tahun) dan account (semua pelajar), kalau sem 1 pointer dibawah 2.00, terus kena kick out dari matriks. Stiap tahun ada ni.

7. Kami ada class dari jam 7.30am - 4.30pm. tapi ada juga lecturers yg suka kasi awal kelas jam 7.00am. ada juga yg kena extend masa lagi jam5.00pm-6.00pm. Lepas tu, malam2 ada lagi class( selalunya jam7.30-9.30pm. kalau malam tu ada class yg guna dewan kuliah. kena la tunggu giliran. kalau class sebelumnya habis jam 9.30. class yg kau akan attend akan mula dari jam 9.30-11.30pm)   Bukan class tambahan tapi class untuk kasi habis sylbus. Sambung balik chapter. Kalau nda datang, teda masalah tapi mmg bnyak ketinggalan la. Satu jam is not short to give a lecture. Kadang2 sampai 2 chapter kena kasi ajar habis. 

8. Kami kena bergerak dari satu class ke class yg lain after satu lecture habis. Dari tingkat bawah ke atas. Dari hujung ke hujung. Dari makmal bio ke makmal physic. Dari Dewan Kuliah 1 ke Dewan Kuliah 4 (Dewan Kuliah bukan satu ja). Dari Library ke Makmal komputer.

9. Kalau nda paham masa lecture, kami kena jumpa lecturer di Menara Pentadbiran. Pilih la mana lecturer mana yg kau suka (yg mengajar satu subject spesific) dan minta ajar. tapi yg leceh ni, Lain lcturer, lain mahzab. Kalau di Dewan Kuliah ajar begini begini begini, lecturer tutorial akan buat jalan penyelesaian begitu begitu begitu. Jadi hal ini akan buat kau pening. 

10. Masa tidur selalu tidak teratur. Kadang jam 12am, jam 2.30am. Depends la apa kau buat time tu.

11. Kami kalau outing, cuma boleh keluar dari jam 6pagi-6petang dan perlu scan card. Kalau card matriks kena block, eheuuu, nda la dapat keluar. Terpaksa la buat surat minta tandatangan Felo untuk keluar. Itu pun kena tanya2 lagi kenapa kena block. Selalu kan tiada karen (electric) di KML, tu la slalu nda scan in kalau masuk. Tu abg guard pun minta puji cakap "nda apa2 juga baitu." sekali ramai2 ba kena block. Memory. Setiap hari Sabtu and Ahad ja boleh keluar. itu pun kalau tiada activity di kolej. Kalau ada activity, kena block outing lg. :)

12. Kau kena biasakan bercakap sama smua orang (orang Dusun, Kadazan, Murut, Cina, Sino, Kayan, Lumbawang dan etc) untuk mendapat benefits (belajar sama2, minta ajar)  dari dorang (matciam parasit pula kedengarannya xD)

Banyak lagi ba benda saya mau kasi desc tapi saya tau banyak suda yg modosi (takut) mau masuk matriks di masa akan dtg. *Enda ba* Matriks nda menakutkan cuma kamu kena tabahkan hati dan mengukugkan jati diri la d sana. Hm. Malas suda saya pikir. Jadi siapa2 yg ada fact(s) pasal matriks, boleh la kongsi2 di ruang komen. hehehe. Salam kasih, Salam Alumni. Siapa2 yg satu batch saya tu, sama2 la kita tunggu result UPU bulan August ni. Yeahhh. Haha. God bless.

Kalau kamu nda berkeinginan masuk matriks pun nda apa. Yg penting hasrat kamu mau belajar tu ada :) Masuk Asasi, tingkatan 6, ambil poli, diploma, kemahiran, ipg and etc, tu okey. Jangan ja mempersia2kan Harapan ibubapa kamu untuk melihat kamu berjaya :*

Instagram : sujieizus

Wechat : shujieee

Saturday, July 23, 2016

Tingkatan 6 VS Matrikulasi




hmm. Semenjak saya graduate dari Matriks dan bkerja part time. Banyak yang tanya saya, "Matriks susah ka?"  "Berapa pointer kau?" "Susah ka belajar sana?" dan jawapan saya "nda juga bah." "*.** ja bah." "Nda juga susah bah." Terus mula la dorang cakap, "Tingkatan 6 lagi susah bah." "Taraf dunia bah soalan kami." " Susah bah orang mau dapat pointer 3 keatas." "Senang bah matriks tu." and I was like "da mula la tu mau mengasi down2 orang. mula sudah mau pandang rendah sama budak matriks." well, sini sama mau kasi bahas la sikit pasal ni benda. saya bukan bangga yg saya ni student keluaran matriks tapi saya tau macam mana saya dan kawan2 seperjuangan buat di sana untuk survive. Saya pasti banyak kawan2 saya juga kena cakap begini. Memang rasa ketidakpuashatian tu ada. Tapi cuba pikir bah, kenapa kami masuk matriks dan kamu masuk tingkatan enam? Malas suda kami mau dengar keluhan kamu pasal "betapa susahnya" tingkatan enam.


saya bagi la kamu satu perumpamaan ahh. kita ni macam berlumba ba. berlumba lari. smua mau mencapai kejayaan. kamu yg form 6 tu macam berlari 1500meter dan kami yg matriks ni 1000meter. tapi kita ada perbezaan. kamu yg berlari 1500meter, kamu kena bagi track utk berlari. diberi baju dan kasut khas. kamu punya tempat ni penyokong boleh masuk, bagi semangat di sana. kamu kena bagi stiap satu orang tutor khas utk melatih kamu sebelum perlumbaan. manakala kami yg berlari 1000meter, kami disediakan track utk berlari juga. cuma, kami perlu ada baju sendiri. penyokong hanya boleh menyokong kami dari luar dewan sebab tempat dewan itu hanya diberi tempat duduk utk pesaing dan kami mempunyai beratus tutor utk mengajar, cuma kami yg perlu pilih. Persamaan yg kita ada disini adalah kita berebut menjuarai pertandingan tapi dengan condition yg berbeza.
Nda paham? Baca maksud :)

mesti ada suda yg cakap dalam hati aina, budak matriks 1000meter ja ba, tu form 6 1500meter. mesti la susah. well, kamu cuma tgok dr sudut tu ja. macam mana pula dari sudut yg lain? cuba tgok dari segi persediaan, dari segi keadaan sekeliling. adakah ianya sama? tidak kan? begitu la gambaran yg paling senang mau paham.

kehidupan sebagai tingkatan enam ni bukan macam budak matriks. well, matriculation student ni lebih kepada kehidupan berdikari. kami di sana belajar macam mana mau jaga diri di tempat org dan dalam masa yg sama mengekalkan prestasi di kolej. dan kami perlu sebati dengan keadaan sekeliling.
yg paling penting, kami perlu keep on track dengan pelajaran. sebab sekali nda p class, masa tu la ketinggalan yg berabis dan disana kau kena terkejar2 dengan pelajaran. kami ada class dari pagi hingga petang dan dari malam muda hingga malam tua. dan kami kena kasi siap tutorial seperti mana lecturer bagi. kami ada quiz stiap minggu dan kami kena kekalkan pointer utk dapat meneruskan mengajian ke semester dua. dan keadaan ini membuatkan kami senang menjawab soalan masa peperiksaan final. oya, kami juga perlu korbankan credit dan kuota internet untuk berhubung sama family yg nun jauh di kampong.


tapi disini saya mau cakap la ahh. matrikulasi dan tingkatan enam ni bukan jauh beza sangat. dua2 susah. dua2 perlu pembelajaran yg berterusan secara peribadi. yg membezakan cuma sifat org tu ja. most of matriculation punya student ada commitment utk berjaya,  daya saing yg tinggi dan kepercayaan diri. macam mana tu? komitmen utk berjaya disini bermaksud sentiasa buat apa yg disuruh, rajin jumpa lecturers dan buat bnyak latih tubi utk mempertingkatkan diri. Daya saing yg tinggi bermaksud terus menerus mau bersaing sama org yg terbaik di kolej dan kepercayaan diri sini adalah percaya yg diri sendiri boleh mencapai kejayaan yg diimpikan. banyak juga bah kawan2 saya yg form 6. ada yg boleh dapat 3.9 lg. kenapa dorang boleh tapi kamu nda? sebab sikap kamu tu yg membezakan, bukan form 6 sama matrikulasi tapi sikap kamu. and lagi, bukan smua budak matriks boleh kasi tamat program d kolej. ada yg kena buang juga. yg bertahan tu cuma org2 yg sanggup mengorbankan masa tidur dorang dan org yg pandai mengurus masa. jan lupa juga, kelayakan utk masuk matriks tu macam mna. jadi jangan la mau memperseketakan lagi benda2 macam ni. kami diam bukan bermaksud kamu betul, kami diam sbb kami nda mau memanjangkan perbalahan serta menyegitkan keadaan. Salam kasih dari saya, Sujie. God bless you xx

Nda puas hati? Baca Ini :)

Instagram :  sujieizus

Wechat : Shujieee

Friday, July 1, 2016

Hadiah untuk BOYFRIEND / lelaki

Mai mai maiiii xD Lawak sikit la penaipan sa kali ni. Well, disebabkan birthday dia nda lama lagi *yeah* saya suda dapat beberapa suggestion apa mau bagi untuk bf and its kindda funny bila hadiah tu ada maksud tersendiri xD Hee. Some of the ideas are from my babies dari yg study d KML xD and Tambunan and budak2 yg follow saya di Instagram dan Facebook. Ada juga orang luar negara kasi suggest2 la dari Wechat xD Hohoho, Memandangkan banyak juga kawan2 saya tanya apa mau bagi sama adik lelaki/ BF/bapa/kawan lelaki kalau dorang birthday, jadi tadaaaa. terlahirnya satu entri yang bertajuk seperti di atas. Okey, vrooommmmm vroooommmmmmm.



1. Jam Tangan
Ada satu budak ni suruh la suruh bagi ni sebab bilangnya (katanya) lelaki akan mengingati kau setiap saat *MUAHAHAHHA* Tapi ingat, lelaki suka yg branded xD Opsss.

2. Necktie dan tie clip
Hmm, Supaya lelaki nampak lebih kemas. Ohyeah, pakai t-shirt plus necktie plus clip. Hmm, I dont know. Bukan semua lelaki la pakai nectie :)

3. Baju
Lelaki suka baju tapi tu la, lelaki kebanyakannya suka pakai baju yg body fit ba dan ada yg suka hard metel punya printing. Ada yg suka jersey. hmmm. Perlu prihatin la sama lelaki yg kamu mau bagi ni.

4. A book filled with quotes
Ini pun boleh juga. Hand writing, printing, mana2 pun boleh. Sebab? Supaya dia rasa termotivasi setiap hari. kalau tu lelaki suka membaca, you can give him this :)

5. Underwear/boxer
Ini idea datang dari lelaki sendiri :] and I was like. krik krik
Uhuuu, sedikit mencabar xD
They said tht dorang selalu kekurangan ia dan keperluan ini sangat bermakna bagi mereka.

6. Makanan
Semua orang suka makan. Jadi mungkin boleh bawa dorang p makan. Kepsi, MacD, MarryBrown, PizzaHut, SugarBun and etc. Ini juga mmbolehkan kau sama tu lelaki meluangkan masa.

7. Movies. 
Beli la CD action atau movie yg dia suka. Jangan bagi hantu2 klau kawan or bf kamu tu penakut. And yeah, Saya pun nda tau apa mksud mau bagi CD movie. Mungkin errrr enta :P

8. CD Game.
Kalau lelaki tu suka main game. Tadaaaaaa, Hadiah ini la yg paling patut kamu bagi. Kenapa? Okey, ini spesifik kepada yg untuk bf la. Supaya dorang nda terlampau sosial dan tidak p mengete/bensilai/mengatal sama perempuan lain.

9. Gambar
Kalau ada gambar kamu sama dia. Well, print dan kasi masuk dalam cute frame dan bagi seja begitu.

10. Cute text
Ini kebanyakan lelaki dapat. Wishes yang panjang2 sampai perlu scroll dua tiga kali. Ini bikin terharu dorang. Bukan setakat HB hpy bday happy besday happy bornday

dan seterusnya...

Buku cerita                                                                         Cake
Video tentang dia                                                               Pomade/Wax/Minyak rambut
Earphone                                                                             Sweater/Jacket
Pen                                                                                      Ipod
Majalah bola/Komik                                                           Container (i dont know xD)
Coklat                                                                                 Monogram gift
Baju couple                                                                         Gelang/Keychain
Kasut bola                                                                           Alat sukan
Nyanyian Happy Birthday (Whatsapp/Wechat/etc)           Skru driver ( Multipurpose)
Rantai                                                                                  Beg/
Perfume                                                                               Sabun
Berus Gigi                                                                           Album dengan gambar2 kamu
Card Ucapan (handmade)                                                   Dompet


Apa2 pun lelaki tersangat suka SUPRISE. So, pandai2 la kamu plan macam mana mau sambut and bagi hadiah apa ) Ini cuma suggestion. Kalau ada yg kamu mampu bagi, just go on. Dan ingat, ini smua tidak berharga untuk dia klau tidak diberi dengan keikhlasan. :) soo, all the best kamu. Muah2. Thank you membaca dan God bless you twice :)))


Instagram : sujieizus
Wechat : sujieee



Monday, June 13, 2016

Kenangan Fasi MPPB16/17 Kolej Matrikulasi Labuan




With Le Junior


Setelah setahun membisukan diri dari membuat blog, kini saya kembali dengan cerita yang terbaru. Well, baru2 ini, saya dan beberapa kawan sekolej (Alumni KML15/16 & budak PDT15/17) telah menjalankan satu tugas yang kira berat dan besar buat kami. What is it? Kami jadi fasilitator untuk budak KML yang baru masuk. Yeahhhhhhh. tapi sesuatu pembaharuan telah terjadi disini. Pada tahun2 yang lalu, MPPB sering diperkatakan minggu tough bagi pelajar2 baru. Kenapa? Sebab minggu orentasi tu la kena seksa bagai kuli tidak bergaji dan kena denda semua tapi fasi kali ni, sungguh dan trsangat la baik. Bukan disebabkan orentasi bertembung dengan bulan puasa tapi sebab sikap berperikemanusiaan dan pertimbangan rasa para fasi juga. Sebelum saya cakap banyak pasal minggu orentasi, biarlah saya sedikit sebanyak kasi kongsi macam mana life jadi fasi.

Sebelum Minggu Orentasi



With le roommate, Fiona. Dulu kami roommate, skrg kami fasimate :*

Sebelum bermulanya orentasi bagi budak-budak KML, para fasi diarahkan untuk berkumpul di kolej pada 31 of May 2016. Teda la kaamatan dan gawai2 buat kami. Paling mantap bila kami sendiri kena pakai duit sendiri untuk datang ke kolej. Dengan semangat yang kental dan tubuh badan yang sihat, para fasi sedia berkorban termasuk wang ringgit untuk jumpa adik2 KML. Masa dalam perjalanan ke kolej, cuaca sangat la tidak sporting. Hujan habis ni. Jadi, mmg part malas tu juga la kena lawan. Yang keciannya ni ada abg2 fasi ni yang terpaksa tunggu lautan samudera tenang sebab ferri menumbuk segan meredahi alunan ombak rindu yang beralun dengan frequency yang sukar dijangka dan tidak konsisten.Ada juga kakak dan abg fasi datang ke kolej pada 2 dan 3 dan 4 Jun 2016 atas alasan tertentu. :)

Dipendekkan cerita,dari 1Jun smpai 4 Jun, pelbagai activity para fasi suda tempuhi. Dari ice breaking, menari sama Pinky time senamrobik (fav abg2 fasi), pengagihan tugas, angkat signboard, buat pengiraan stock utk baju sukan, lipat2 planer, cek bilik satu per satu, sediakan mentality dan physical utk menempuhi apa yang akan berlaku pada hari kejadian (MPPB) dan banyak hal lagi. Nda payah la kamu tau. Tu rahsia fasi2 mithali ja. Muahahaha.

Masa hari pendaftaran, kami kena suruh berkumpul depan library sebelum jam 6. means that jam 5.55am mesti depan library. Disebabkan disiplin para fasi tu tip top, jadi teda masalah bagi kami utk berkumpul pada masa tu. Jadi, ada yang bertugas di terminal feri and airport utk ambil orang naik bas KML, ada yang jaga lalu lintas, menunjuk arah, orang yang mengangkat beg, orang yang menolong mengangkat beg, jadi orang dibahagian pndaftaran sama banyak lagi la. Sebenarnya, saya bukan orang yang jaga lalu lintas bah. tapi disebabkan kekurangan orang jaga sana jalan raya (sebab most of them mau juga ikut p terminal feri dan airport ambil orang) saya dengan rela hati memvolunterkan diri berpanas dari pagi hingga petang smpai la kulit saya terbakar habis. Nda apa. Demi adik2, kakak sanggup. T^T

Masa Orentasi

Challenge of the night
Masa orentasi tu mula jam 3.30pm. Hehehehe. Masa tu fasi bersekutu sudah plan mau jadi ganas tapi siou noh(sorry la), saya nda dapat jadi garang sebab sifat kesulungan dan kasih saying masi ada sama saya. Mungkin masa buat kerja tu, saya ada tegas sikit la tapi sepanjang hari time orentasi, I cannot be too ganas. Sebab saya happy Nampak disiplin yang ditunjukkan oleh beberapa adik2 KML.

Masa malam tu, mula la sudah orentasi. Selalunya klau masa tu mesti fasi akan jadi HULK. Tapi fasi batch ni suka bawa main dari mendera. Macam yang saya cakap tadi, kami ni berperikemanusiaan. :P Jadi disingkatkan bicara. sepanjang malam, ada program kerohanian untuk budak non muslim, jadi saya sebagai AJK yang handle bahagian kedatangan penceramah dan time keeper. Jadi saya selalu kena alert dan AJK kerohanian suda lantik la Abg Matt jadi pengacara dan Abg JJ jadi pengumuman tapi yang nda dirancang ni Abg JJ jadi abg garang kiteorang pula.
Insta para fasi
Sepanjang malam orentasi tu, sebenarnya saya suka buat game. Saya selalu juga bincang sama kawan2 fasi lain. Contoh dia, game bgambar sama fasi smua tapi enta la. xD setiap kali saya mau buat game, mesti ada yang mengambil, but Im okey. Challenge untuk bergamabr dengan fasi2 pun sa kemukakan dengan Abg Asdi sebab bila saya kasitau sama fasi2 yang non muslim, dorang macam tidak bagi respond, so, saya pun panjangkan la kepada Abg Asdi (penghulu/ketua fasi) dan saya mendapat respond yang baik. Kenapa juga saya mau buat macam tu? Supaya budak2 KML nda la takut mau bertegur sama sama senior dan lecturers bila sudah mula class and sekaligus buat dorang ada kenangan yang berpakejkan kejayaan para fasi utk melaksanakan MPPB.
Back to hometown via Terminal Ferri with fasies and Sir Asyandi
Orentasi ni sebenarnya aim dia supaya budak2 KML tau macam mana mau menyesuaikan diri kan. So, salahkah kita mengambil langkah kecil untuk menjadikan mereka orang yang dapat menyesuaikan diri disekeliling orang yg tidak dikenali? Pikir la sendiri kan. Tapi saya sangat la happy sebab usaha untuk merapatkan silatuharim antara senior dan junior itu mndapat sambutan yang sangat baik dari apa yang saya jangka. xD Thank you beri kerjasama. :*

Lead budak2 Junior jalan2 crdt to Ejam
Dan ada lagi xD kegilaan budak2 baru ni. Dorang suka tu Baby shark sama Banana. Banana tu memang orentasi sebelum2 ni slalu kena buat tapi baby shark tu Abg Asdi punya idea laitu xD Bukan setakat tu! Yell KML HOT, GO KML, Rumput Yang Hijau, Kuat Tak Kuat, Satu kali Siput, Satu Kali Monyet sama Magalena (kesukaan Abg Matt) dan banyak lagi tapi saya nda ingat banyak kena ajar. Macam ice breaking baitu tapi balik2 kena suruh buat.

With abg fasi
Bagi yang muslim, siou la (sorry la), kakak tidak tau sangat apa kamu buat kat surau. Sembayang terawikh (betul ka ejaan tu?) dan ada ceramah2 rohani ja yg akak tau. :) Kakak cuma tau apa yang kakak handle ja. hehehe.

Dan paling siok masa malam last orentasi. Budak2 non muslim yang dalam dewan suruh kami buat itu ini. Kira kena denda juga la. Punya baik kami ni kamu mengasi denda kami. *SobSob* Takpa la. Yeng penting kami dalam melakar sejarah dipersada KML dan d ingatan dan minda kamu. Sebenarnya kami happy sebab dipercayakan kamu untuk kami handle. Kalau kamu tidak percayakan kami, mgkin orentasi kamu nda la jadi begini. :) siapa mau tgok tu gambar2 masa MPPB d KML. Boleh cek ja tu gambar di instagram. #MPPB1617 #KML #KMLians #Fasicool and etc.

Sedikit throwback, kan budak2 KML yg non muslim ni kena la berkumpul kat dewan around jam 4.45am bgtu. Tapi masa 2nd day dorang p dewan time subuh, ada yang call saya sebab minta buka dewan. Hebat xD Bukan hebat sebab dorang datang awal tapi hebat sebab kamu berani call saya oh xD jam 3.45a.m jooo. Baru seja saya siap mandi time tu. Tapi nda apa. Kakak rasa kamu awesome juga. Yang bikin belak ni, no hp kakak kamu passing2 bah. Smpai habis MPPB pun masi lagi mau contact2 kakak. :* Ianya seperti memberi penghargaan buat akak dan menghargai akak sebagai fasi kamu. Huhuhu. :*

Selepas Orentasi

Sebenarnya para fasi yang kini bergelar Alumni KML masi tidak dapat move on bila melepaskan gelaran fasi selepas habis orentasi. Some of us masi berada dalam group Fasi KML dan berharap di masa hadapan akan dipanggil semula untuk MPPB masa akan datang :)

Disepanjang cerita saya, saya selitkan beberapa gambar fasi2 dan para junior sepanjang MPPB berlangsung dan sebelum serta selepas orentasi dijalankan. Semoga adik2 KML yang terbaca atau membaca blog ni dapat menghargai bukan sahaja kami malah pihak kolej kerna memberi kamu kenangan terindah pada permulaan kehidupan kamu di Kolej Matrikulasi Labuan. Sorry to  Senior sebelum kami dan para Alumni KML kerna kami mnjadi fasi yg paling baik dalm sejarah KML. Apa2 pun, pesanan dari saya, hiduplah kehidupan kamu dengan penuh makna dan jangan mempersiakan2 benda suda kamu dapat kerna peluang yg ada bukan smua akan kmu dapat untuk kedua kalinya.

Dan untuk pembuka minda, kami jadi fasi bukan untuk menjadi terkenal dan mendapat nama namun untuk membantu kamu membiasakan diri dalam environment yang asing bagi kamu. :) Bagi adik2 KML yang sering membaca blog kakak sebelum memjejakkan kaki ke KML, trimas kakak ucapkan sebab sudi membaca dan menegur kakak masa orentasi dan mngakui adik membaca blog ini. Sebenarnya kakak sangat kagum sama beberapa budak sarawakian yg membaca blog ini tanpa mempunyai asas sabahan. Salam kasih dari Kakak Sujie :* Belajar bagus2.

With le Qolat
Terasa diri ini macam budak.
Dan kepada pembaca blog saya juga, thank you sebab sudi membuang masa dengan membaca dan menghabiskan data anda dengan penaipan yg tidak siok ini xD sebab kali ni sa berkongsi pasal budak matriks kan. Lain kali la sa buat post yg bikin hibur kamu. :) Bukan teda idea bah cuma malas mau duduk depan laptop. Hehe. Thank you :) God bless xx

ID Wechat :
shujieee

ID Instagram :
sujieizus