Sujie

Wednesday, June 7, 2017

Hello Ijazah Sarjana Muda (2017)

  Punya lama saya bercuti dari blogging. Disebabkan banyak chat saya di Wechat, Whatsapp and Instagram, I would like to talk about the things la. Well, spesifiknya this talk untuk budak-budak yang baru habis asasi (apa-apa jenis asasi), matrikulasi, graduated Form 6 and budak-budak yang sudah habis diploma (budak-budak ka? xD maka tua lagi pama budak dip dari saya) Orite nopo, 1st of all, saya mau kasih ucap juga la, sama budak-budak yang dapat form 6, diploma, matriks dan asasi bagi budak-budak yang baru habis SPM kan. Bagus-bagus kaye kamu belajar. Ada gambar-gambar di siring (tepi) tu sebagai hiasan dan mengimbau kenangan. HAHAHA. Lindu bah.
Last semester at Kolej Matrikulasi Labuan
Photoshoot session

  Bah, mula sudah ya saya mau cakap. Begini. Masa saya sibuk-sibuk prepare final exam haritu (mau juga konon kasih tau xD) ada la some of my junior ni chat, "Kak, macam mana bah mau p interview tu, kena buat resume ka?" "Sis, bila ah dapat result lepas interview?" "Jie, selalunya pilihan course pilihan ke berapa tu yang kita kena bagi tu?" and ada lagi soalan pelik-pelik saya dapat. Bagi those yang ask me about matrikulasi and mau bawa berapa helai baju tu, thank you menanya. Terhibur juga hati jomblo saya ini. 

  Pertama-tama, saya bukan orang yang atur system kemasukan UPU kamurang. Jadi, saya jawab dengan jujur yang saya tidak tau pun tawaran pilihan ke berapa kamu dapat nanti. Kalau saya dulu, pilihan number 4. Penutup blog nanti ada saya mau cerita pasal ni benda. Jadi sabar dulu. 

  Kalau result lepas interview tu, memang tidak akan dapat la. Sebab untuk kau mau tau kau dapat atau tidak course tu, kau kena tunggu juga result official UPU keluar. Kalau kau lulus interview, kau dapat la tu course. Kalau kau tidak lulus, kau dapat course lain. Jangan kecewa. Itu bukan mengakhiran hidup pun. Kalau kau dapat course yang jauh dari apa yang kau ambil sebelum ini, jangan risau. Bukan kau seorang ja yang begitu, there are plenty of them yang macam tu, including me. HAHAHAHAHA. Okey, proceed.

With le roomates (KML) pergi makan lepas larian 1Malaysia
tidak silap. HAHAHA.
  Pasal interview mau bawa resume ka nda, kau mesti baca betul-betul tu surat tawaran kau. Ada kena mention tu apa benda kamu kena bawa. Jangan sembarangan ja. Jangan ikut kawan. Kau mesti ada pendirian sendiri. Dan jangan suka buat benda yang kamu tidak patut. I mean, bila disuruh bawa surat beranak original, bawa la surat beranak original. Jangan pula tetiba pergi fotostat slip gaji ibu bapa, lesen memandu semua tu. Kau pikir mau beli kereta ka mau bawa-bawa benda begitu? Bukan apa la, saja mau kasih ingat sebab masa saya dulu pun ada juga orang kena halau sebab tidak bawa apa yang kena suruh. 

  Okey, sebelum saya menutup perkongsian harini. Saya mau kasih selit la cerita saya kan. Okey begini. Masa lepas graduate dari matrikulasi last year (2016), saya dapat interview ni (biar la rahsia) tapi saya yakin dan pasti saya bukan ditakdirkan untuk tu, Masa tu pun saya belum pikir apa saya mau jadi in the future. Jadi disingkatkan cerita, Saya tengok balik pilihan UPU saya tu. Well, semua UPU tu saya isi dengan "science course" sebab saya study dalam course tu kan dulu. DULU. Hahahaha. Tapi actually, saya mau pergi UUM sebenarnya, kenapa UUM? You shouldnt know the reason. Hahaha. Biarlah rahsia. Then saya ubah pilihan number 4 saya, which is "Pakar Bedah" to "Pengurusan Hospitaliti" even I have no idea what is hospitality punya occupation. I did not tell my mom about that. Mama saya jenis yang "I will get for what I want"punya orang. Jadi dia akan pastikan saya ikut apa dia mau. Haha. Dicepatkan masa, time yang keluar UPU tu, tadaaaaaaa, guess what, I got the Hospitality Management Course. HAHAHAHAHA. Gembira hebs masa dapat tau dapat UUM but when my mom knew it JENG JENG JENG. Sebulan kite menangis ye sebab kena marah and etc. Banyak la benda jadi masa tu. Memang ouch la sikit masa mom tidak bagi pergi kan sampai-sampai dia cari alternative lain untuk saya get into science back. Bukan apa la. mama saya Pharmacist, jadi, paham-paham la kan. Hahaha. Sebulan berlalu begitu pantas, akhirnya saya sampai UUM. Even sakit juga study benda yang kau tidak pernah tahu, tapi worth sebab kau dapat expand knowledge kau ke dunia yang berbeza. Kalau kamu cakap science subject is hard, saya cakap semua subject ni susah, Dari kita seja mau rajin atau tidak untuk study benda tu. Memang masa saya tengah study pun, my mom still ask me to quit the course and go to private university to engage with science back but biar la bah kan. Kita tidak tau apa kita akan jadi di masa akan datang. Just go with the flow orang bilang. Even course kau orang nampak "leceh"(sebab dorang tidak tau macam mana kita study), jangan pernah dengar tu cacian. I have went through the situation. Mental kena kuat. Bila kau tersangat menyerlah dalam course kau then people say "dia dari matriks bah. apa mau hairan, memang senang dia mau score." "Dia tu budak diploma, memang kacang dia buat assignment." "Dia ni budak form 6, kau tunggu ja nanti dia jatuh la tu.", biarkan ja la dorang bercakap begitu. dia tidak tau apa jadi disebalik kegemilangan tu. Jadikan itu sebagai pendorong kamu untuk terus maju. Kita masing-masing tau limit kita. Kadang-kadang kita kena langkau limit kita sebab tiada orang boleh buat benda tu untuk kau melainkan diri kau sendiri.
Masa on the way Sandakan untuk urus document
masuk universiti (PS: budak sebelah now at Unimas)
  Panjang sungguh leteran saya ya. Hahahaha. Maaf deh. Jadi, kesimpulannya, kamu bersyukur la apa yang kamu dapat sebab bukan semua orang dapat kesempatan yang sama macam kau tapi kalau kau rasa itu bukan apa yang kau mau, Pray to God. Kadang-kadang in life, kita tidak tau apa yang suda kena plan untuk kita. Kalau kamu tidak minat course tu, cuba untuk minat. Secara personalnya, 1st semester masuk class, benci betul saya sama benda-benda yang melibatkan management ni, lebih-lebih lagi kalau pasal organization semua, tapi saya cuba sedaya upaya tebas mentality begitu sebelum terus berakar lebih kuat dalam kotak pikiran saya, Syukur kepada Tuhan, i can go through juga semester satu dengan baik. Jadi, bagi kamurang yang tidak dapat apa yang kamu idamkan, jangan la susah hati. Kita tau, ada sesuatu yang manis disebalik kulit durian yang tajam, begitu juga kehidupan, ada sesuatu yang besar akan jadi dalam hidup kau disebalik kekecewaan menempuh perjalanan yang perih. Okey. Itu seja dari saya. Salam damai, God bless, Ada apa-apa boleh cari saya. Thank you membaca. :*


Wechat : shujieee
Instagram : sujieizus

  

3 comments:

  1. i lovw your post ugauuu √√√

    ReplyDelete
  2. Hello, kita follow mem' follow ya, makasih

    ReplyDelete
  3. Hei apa yg kau cuba sampaikan disini macam ada makna tersirat je tak terlepas..bengang betul lah nak share ni acha2 terpaling blogger konon, kau pun boleh pilih course yg lagi ok masa tu belum terlambat lagi rmai je yg buat mcm tu tiba2 tukar course pgi uni lain tak salah klau nak try, semua prkara boleh berubah tak perlu susah2 tak ada yg rumit sebenarnya tak perlu jadi judgemental, klau dah rezeki seseorang takkan ke mana kan ( yg penting mudahkan urusan org lain) kita tak pernah tahu apa yg org lain lalui sebenarnya klau tak kita akan dapat balik apa yg orang lain pernah rasa sebab rasa diri terlalu betul dan tak bersikap terbuka sebelumnya.... dan yang paling penting jangan sesekali keras HATI & BE HONEST jangan bitter ..

    ReplyDelete