Sujie

Monday, June 13, 2016

Kenangan Fasi MPPB16/17 Kolej Matrikulasi Labuan




With Le Junior


Setelah setahun membisukan diri dari membuat blog, kini saya kembali dengan cerita yang terbaru. Well, baru2 ini, saya dan beberapa kawan sekolej (Alumni KML15/16 & budak PDT15/17) telah menjalankan satu tugas yang kira berat dan besar buat kami. What is it? Kami jadi fasilitator untuk budak KML yang baru masuk. Yeahhhhhhh. tapi sesuatu pembaharuan telah terjadi disini. Pada tahun2 yang lalu, MPPB sering diperkatakan minggu tough bagi pelajar2 baru. Kenapa? Sebab minggu orentasi tu la kena seksa bagai kuli tidak bergaji dan kena denda semua tapi fasi kali ni, sungguh dan trsangat la baik. Bukan disebabkan orentasi bertembung dengan bulan puasa tapi sebab sikap berperikemanusiaan dan pertimbangan rasa para fasi juga. Sebelum saya cakap banyak pasal minggu orentasi, biarlah saya sedikit sebanyak kasi kongsi macam mana life jadi fasi.

Sebelum Minggu Orentasi



With le roommate, Fiona. Dulu kami roommate, skrg kami fasimate :*

Sebelum bermulanya orentasi bagi budak-budak KML, para fasi diarahkan untuk berkumpul di kolej pada 31 of May 2016. Teda la kaamatan dan gawai2 buat kami. Paling mantap bila kami sendiri kena pakai duit sendiri untuk datang ke kolej. Dengan semangat yang kental dan tubuh badan yang sihat, para fasi sedia berkorban termasuk wang ringgit untuk jumpa adik2 KML. Masa dalam perjalanan ke kolej, cuaca sangat la tidak sporting. Hujan habis ni. Jadi, mmg part malas tu juga la kena lawan. Yang keciannya ni ada abg2 fasi ni yang terpaksa tunggu lautan samudera tenang sebab ferri menumbuk segan meredahi alunan ombak rindu yang beralun dengan frequency yang sukar dijangka dan tidak konsisten.Ada juga kakak dan abg fasi datang ke kolej pada 2 dan 3 dan 4 Jun 2016 atas alasan tertentu. :)

Dipendekkan cerita,dari 1Jun smpai 4 Jun, pelbagai activity para fasi suda tempuhi. Dari ice breaking, menari sama Pinky time senamrobik (fav abg2 fasi), pengagihan tugas, angkat signboard, buat pengiraan stock utk baju sukan, lipat2 planer, cek bilik satu per satu, sediakan mentality dan physical utk menempuhi apa yang akan berlaku pada hari kejadian (MPPB) dan banyak hal lagi. Nda payah la kamu tau. Tu rahsia fasi2 mithali ja. Muahahaha.

Masa hari pendaftaran, kami kena suruh berkumpul depan library sebelum jam 6. means that jam 5.55am mesti depan library. Disebabkan disiplin para fasi tu tip top, jadi teda masalah bagi kami utk berkumpul pada masa tu. Jadi, ada yang bertugas di terminal feri and airport utk ambil orang naik bas KML, ada yang jaga lalu lintas, menunjuk arah, orang yang mengangkat beg, orang yang menolong mengangkat beg, jadi orang dibahagian pndaftaran sama banyak lagi la. Sebenarnya, saya bukan orang yang jaga lalu lintas bah. tapi disebabkan kekurangan orang jaga sana jalan raya (sebab most of them mau juga ikut p terminal feri dan airport ambil orang) saya dengan rela hati memvolunterkan diri berpanas dari pagi hingga petang smpai la kulit saya terbakar habis. Nda apa. Demi adik2, kakak sanggup. T^T

Masa Orentasi

Challenge of the night
Masa orentasi tu mula jam 3.30pm. Hehehehe. Masa tu fasi bersekutu sudah plan mau jadi ganas tapi siou noh(sorry la), saya nda dapat jadi garang sebab sifat kesulungan dan kasih saying masi ada sama saya. Mungkin masa buat kerja tu, saya ada tegas sikit la tapi sepanjang hari time orentasi, I cannot be too ganas. Sebab saya happy Nampak disiplin yang ditunjukkan oleh beberapa adik2 KML.

Masa malam tu, mula la sudah orentasi. Selalunya klau masa tu mesti fasi akan jadi HULK. Tapi fasi batch ni suka bawa main dari mendera. Macam yang saya cakap tadi, kami ni berperikemanusiaan. :P Jadi disingkatkan bicara. sepanjang malam, ada program kerohanian untuk budak non muslim, jadi saya sebagai AJK yang handle bahagian kedatangan penceramah dan time keeper. Jadi saya selalu kena alert dan AJK kerohanian suda lantik la Abg Matt jadi pengacara dan Abg JJ jadi pengumuman tapi yang nda dirancang ni Abg JJ jadi abg garang kiteorang pula.
Insta para fasi
Sepanjang malam orentasi tu, sebenarnya saya suka buat game. Saya selalu juga bincang sama kawan2 fasi lain. Contoh dia, game bgambar sama fasi smua tapi enta la. xD setiap kali saya mau buat game, mesti ada yang mengambil, but Im okey. Challenge untuk bergamabr dengan fasi2 pun sa kemukakan dengan Abg Asdi sebab bila saya kasitau sama fasi2 yang non muslim, dorang macam tidak bagi respond, so, saya pun panjangkan la kepada Abg Asdi (penghulu/ketua fasi) dan saya mendapat respond yang baik. Kenapa juga saya mau buat macam tu? Supaya budak2 KML nda la takut mau bertegur sama sama senior dan lecturers bila sudah mula class and sekaligus buat dorang ada kenangan yang berpakejkan kejayaan para fasi utk melaksanakan MPPB.
Back to hometown via Terminal Ferri with fasies and Sir Asyandi
Orentasi ni sebenarnya aim dia supaya budak2 KML tau macam mana mau menyesuaikan diri kan. So, salahkah kita mengambil langkah kecil untuk menjadikan mereka orang yang dapat menyesuaikan diri disekeliling orang yg tidak dikenali? Pikir la sendiri kan. Tapi saya sangat la happy sebab usaha untuk merapatkan silatuharim antara senior dan junior itu mndapat sambutan yang sangat baik dari apa yang saya jangka. xD Thank you beri kerjasama. :*

Lead budak2 Junior jalan2 crdt to Ejam
Dan ada lagi xD kegilaan budak2 baru ni. Dorang suka tu Baby shark sama Banana. Banana tu memang orentasi sebelum2 ni slalu kena buat tapi baby shark tu Abg Asdi punya idea laitu xD Bukan setakat tu! Yell KML HOT, GO KML, Rumput Yang Hijau, Kuat Tak Kuat, Satu kali Siput, Satu Kali Monyet sama Magalena (kesukaan Abg Matt) dan banyak lagi tapi saya nda ingat banyak kena ajar. Macam ice breaking baitu tapi balik2 kena suruh buat.

With abg fasi
Bagi yang muslim, siou la (sorry la), kakak tidak tau sangat apa kamu buat kat surau. Sembayang terawikh (betul ka ejaan tu?) dan ada ceramah2 rohani ja yg akak tau. :) Kakak cuma tau apa yang kakak handle ja. hehehe.

Dan paling siok masa malam last orentasi. Budak2 non muslim yang dalam dewan suruh kami buat itu ini. Kira kena denda juga la. Punya baik kami ni kamu mengasi denda kami. *SobSob* Takpa la. Yeng penting kami dalam melakar sejarah dipersada KML dan d ingatan dan minda kamu. Sebenarnya kami happy sebab dipercayakan kamu untuk kami handle. Kalau kamu tidak percayakan kami, mgkin orentasi kamu nda la jadi begini. :) siapa mau tgok tu gambar2 masa MPPB d KML. Boleh cek ja tu gambar di instagram. #MPPB1617 #KML #KMLians #Fasicool and etc.

Sedikit throwback, kan budak2 KML yg non muslim ni kena la berkumpul kat dewan around jam 4.45am bgtu. Tapi masa 2nd day dorang p dewan time subuh, ada yang call saya sebab minta buka dewan. Hebat xD Bukan hebat sebab dorang datang awal tapi hebat sebab kamu berani call saya oh xD jam 3.45a.m jooo. Baru seja saya siap mandi time tu. Tapi nda apa. Kakak rasa kamu awesome juga. Yang bikin belak ni, no hp kakak kamu passing2 bah. Smpai habis MPPB pun masi lagi mau contact2 kakak. :* Ianya seperti memberi penghargaan buat akak dan menghargai akak sebagai fasi kamu. Huhuhu. :*

Selepas Orentasi

Sebenarnya para fasi yang kini bergelar Alumni KML masi tidak dapat move on bila melepaskan gelaran fasi selepas habis orentasi. Some of us masi berada dalam group Fasi KML dan berharap di masa hadapan akan dipanggil semula untuk MPPB masa akan datang :)

Disepanjang cerita saya, saya selitkan beberapa gambar fasi2 dan para junior sepanjang MPPB berlangsung dan sebelum serta selepas orentasi dijalankan. Semoga adik2 KML yang terbaca atau membaca blog ni dapat menghargai bukan sahaja kami malah pihak kolej kerna memberi kamu kenangan terindah pada permulaan kehidupan kamu di Kolej Matrikulasi Labuan. Sorry to  Senior sebelum kami dan para Alumni KML kerna kami mnjadi fasi yg paling baik dalm sejarah KML. Apa2 pun, pesanan dari saya, hiduplah kehidupan kamu dengan penuh makna dan jangan mempersiakan2 benda suda kamu dapat kerna peluang yg ada bukan smua akan kmu dapat untuk kedua kalinya.

Dan untuk pembuka minda, kami jadi fasi bukan untuk menjadi terkenal dan mendapat nama namun untuk membantu kamu membiasakan diri dalam environment yang asing bagi kamu. :) Bagi adik2 KML yang sering membaca blog kakak sebelum memjejakkan kaki ke KML, trimas kakak ucapkan sebab sudi membaca dan menegur kakak masa orentasi dan mngakui adik membaca blog ini. Sebenarnya kakak sangat kagum sama beberapa budak sarawakian yg membaca blog ini tanpa mempunyai asas sabahan. Salam kasih dari Kakak Sujie :* Belajar bagus2.

With le Qolat
Terasa diri ini macam budak.
Dan kepada pembaca blog saya juga, thank you sebab sudi membuang masa dengan membaca dan menghabiskan data anda dengan penaipan yg tidak siok ini xD sebab kali ni sa berkongsi pasal budak matriks kan. Lain kali la sa buat post yg bikin hibur kamu. :) Bukan teda idea bah cuma malas mau duduk depan laptop. Hehe. Thank you :) God bless xx

ID Wechat :
shujieee

ID Instagram :
sujieizus