Sujie

Sunday, January 1, 2017

Buku Sejarah Sabah?


Selamat tahun baru 2017! Hoho, sudah lama saya tidak update blog. Bukan sebab saya malas bah tapi sebab enda da masa kalau time study :P Mau kena guna untuk buat assignment ja kan ni laptop. Okey, cukup la sampai sana tu cerita. Sekarang kita beralih dengan perkongsian yang saya mau sampaikan harini. Buku sejarah Sabah  atau lebih senang kena cakap buku sejarah borneo. Kenapa saya terpikir mau cerita pasal ni? Well, teruskan la membaca sampai habis :P

  Sebenarnya, masa saya di Semenanjung (study), ada satu orang senior ni. Dia duduk sebelah saya. Dia tanya-tanya la siapa nama, semester berapa semua tu. Mungkin dia hairan kali loghat saya sampai dia tanya, "Adik ni orang Sabah ke Sarawak?" Saya jawab la orang Sabah dan sana la titik permulaan satu conversation yang buat saya terpikir kenapa tiada buku untuk sejarah Sabah (spesificly). Begini convo kami.

Senior : Adik, nak tanya. Adik tau tak sejarah pasal Sabah sebelum kedudukan SBUB?
Sujie : Tidak berapa oh, bang. Saya tau yang pasal penentangan seja la macam si Mat Salleh tu. 
Senior : Sabah ada tak sejarah tersendiri?
Sujie : Ada juga tu tapi tidak kena ajar di sekolah. Setakat pengetahuan am seja tapi itu pun tidak tau betul atau tidak.
Senior : Eh, kenapa tak diajar? Setahu abang, Sabah kalau bahagian politik kuat. Adik tahu tak pasal 20 perkara ?
Sujie : Tau. Abang tau ka pasal batu sumpah peringatan mengikut perlembagaan di keningau?
Senior : Tak pernah tahu pula ada batu sumpah. Dalam buku sejarah takda publish pun pasal benda tu.
Sujie : Sejarah pasal Sabah Sarawak pun kena muat dalam satu bab seja kan. Macam mana juga mau cerita pasal 20 perkara . (ketawa kecil) abang tau ka pasal double 6? 
Senior : Double 6? Tak pula. Apa benda tu?
Sujie : Double 6 tu helikopter yang terbabas yang bawa orang-orang penting Sabah. Semua meninggal yang naik tu helikopter. Dorang dari Labuan baru habis perbincangan pasal minyak tapi masa tu Tun Fuad tidak setuju pasal perbincangan tu. Nanti abang google la. Baca sendiri. 
Senior : Tahun berapa tu jadi? Tak paham la pasal double 6 ni.
Sujie : (google pasal double 6) tahun 1979. Ni pasal double 6.
Senior : Wow, tak pernah tahu pun.
Sujie : (senyum ja)
Senior : Macam mana ye status negara sabah jadi negeri?
Sujie : Ah? (blank seketika) Tidak tau pula oh abang. 
Senior : Abang ada buat kajian pasal tu semester lepas tapi last minit abang tukar topic sebab takda buku pasal benda tu. 
Sujie : Abang sebenarnya ambil course apa? 
Senior : Law. 
Sujie : (patutla) ohhhh. okey :)

Dari convo tadi, mungkin ada banyak benda juga yang baru kamu tau kan. Mungkin masa kamu membaca pun, kamu cakap aik, saya tidak pernah tau pun pasal ni. Sebenarnya sejarah-sejarah begini ni perlu diselidik dan dibukukan supaya orang tempatan Sabah boleh tahu macam mana sejarah Sabah. Mesti kamu pernah tanya kan ibu bapa uncle aunty kmu, macam mana satu kampung tu dapat nama. Kalau diceritakan secara turun temurun cerita pasal nama kampung tu, memang senang mau dikasi cerita. Kalau tidak-tidak pernah dicerita pasal benda tu, nda la dikasitau pasal tu cerita.

  Sejarahwan kita yang dari Sabah pun kiranya banyak juga kan. Saya cuma sarankan kalau kita ada buku Sejarah untuk Sabah sendiri. Kalau buku bahasa kadazan dusun ada untuk memartabatkan bahasa ibunda yang kian ditelan zaman, apakata buat satu buku khas untuk budak zaman sekarang tahu macam mana sejarah Sabah ni. Saya pun sebenarnya tidak banyak tahu pasal Sabah, setakat SBUB semua tu, saya tau la sebab diajar dalam kelas, Tapi sebelum kedatangan British semua tu, mana kita tahu kan. Saya rasa, banyak sejarah tidak diketahui orang tempatan yang berlaku di tanah air kita sendiri.  Orang seberang pun bila bertanyakan soalan-soalan macam senior tu tanya saya, mungkin banyak yang cakap nda tau.


  Itu seja la perkongsian saya harini. Bukan apakan, saya cuma mau kongsikam apa yang bersarang di fikiran saya. Dan saya juga mau tau, apa kata kamu pasal benda ni. Thankyou membaca. Harap kamu dapat bagi pandangan kamu dalam ruang di ruang komen blog atau facebook. Salam kasih. God bless you :)


20 Perkara : Baca
Double 6 : Baca