Sujie

Sunday, June 21, 2015

Hobi Saya Semenjak Di KML

Setiap orang mempunyai hobi. Lain orang, lain hobi. Tidak kiralah secara maya atau realiti. Ada yang suka berjoging, menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Itu secara realiti. Secara maya pula adalah bermain video game dan bermain Facebook atau Twitter. Hobi ini pula ada yang memberi kebaikan atau keburukan. Apakah pula yang dimaksudkan dengan memberi kebaikan atau keburukan? Memberi kebaikan di sini bermaksud memberi manfaat seperti menjadikan kita lebih baik atau dapat mempergunakan masa dengan sebaik mungkin manakala keburukan pula adalah yang memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Contohnya, lumba haram.


  Sekarang berbalik kepada tajuk, apa hobi saya semenjak study di KML? Hehehe. Saya mempunyai hobi yang banyak dan berubah mengikut waktu. Semenjak saya meneruskan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan, saya sering menghabiskan masa dengan belajar. Belajar adalah the main hobby that all the student have here. Mengapa belajar? Kerana banyak assignment dan quiz yang akan dijalankan setiap dan sepanjang minggu. Mungkin di antara kamu tertanya-tanya "tidak muak ka belajar?" Muak tu memang muak, but as a matriculation student, perkatan MUAK atau BELAK atau BIKIN BOSAN tu tidak pernah la terkeluar dari mulut.( MUAK BELAK BIKIN BOSAN) Sebab memang tujuan utama datang ke matrik ni untuk belajar dan sedaya upaya mau mendapatkan 4flats. Kan kan kan?

  Selain daripada belajar, hobi saya di sini juga adalah outing. Outing ni cuma boleh dijalankan pada hari Jumaat (setengah hari), Sabtu dan Ahad. Hari Jumaat ni selalunya untuk urusan penting saja macam urusan bank, urusan IC begitu. Tapi saya selalu outing hari Ahad la. Lepas pergi gereja, baru saya pergi membeli belah sana Ujana Kewangan, yang kami panggil UK. Di UK la selalu saya membazir duit. Syukur sekarang belum lagi masuk elaun saya. Kalau sudah masuk tu, nah, enda kau kering bank. Teruskan, saya selalu beli benda yang tidak perlu. Itu la hobi yang tidak memberi apa-apa benefit buat saya.

  Kalau saya ada masa time petang, saya pergi joging bersama geng kodou (geng keras ; bestfriend poeber orang bilang). Joging tu bukan la sampai haus tu kasut sukan kami, kami joging ni sambil menenangkan diri yang kian ditenggelami stres tapi tidak boleh always la pergi jog sebab nanti kalau terlampau penat, semua assigment tidak dibuat sebab tidur. Jadi, saya pun pandai-pandai la cari masa untuk p sana. uhouuu. Untuk masa sekarang, mungkin saya boleh joging lagi la tapi kalau mau dekat UPS atau PSPM tu, memang tiada masa sudah saya mau pergi memijakan kaki ke track. Di sana pun saya mau pergi

  Mungkin kamu mau tahu kan macam mana process outing di KML ni. Okey, saksikan video ini :


Kalau time outing, pelajar diwajibkan scan kad matriks. Dulu boleh pakai macam-macam pakaian but now, batch kami, outing pakai baju kulian @ formal dress. Okey juga la supaya tiada juga bebanan cuci kain banyak di asrama. Hohoho.

  Okey, that's all my hobbies that I can remember. Nampaknya, sampai disini sahaja perkongsian saya. Dibawah, saya akan selitkan beberapa link untuk rujukan :
Kolej Matrikulasi Labuan : http://www.kml.matrik.edu.my/entry/



No comments:

Post a Comment